Pesakit mental maut dalam kemalangan libatkan kereta

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU, 2 Oktober – Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) mental, maut selepas dilanggar sebuah kereta di Jambatan Sultan Mahmud, di sini awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panggilan orang awam kepada polis melaporkan kemalangan antara Proton Waja dan pejalan kaki pada 2.15 pagi.
  • Siasatan awal: pemandu dari arah Gong Badak ke Kampung Gong Sentul melanggar pejalan kaki yang berbaring di tengah jalan; jarak terlalu dekat.
  • Mangsa Ainun Wahab, 39, maut di lokasi; mayat dihantar ke Jabatan Forensik HSNZ dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja dan pejalan kaki pada 2.15 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta yang datang dari arah Gong Badak, Kuala Nerus menghala ke Kampung Gong Sentul, Kuala Berang telah terlanggar pejalan kaki yang berbaring di tengah jalan.

“Pemandu kereta tidak sempat mengelak disebabkan jarak yang terlalu dekat. Kemalangan menyebabkan mangsa Ainun Wahab, 39, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.