
PETALING JAYA, 14 Mei– Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah taska di Bandar Kinrara, Puchong, minggu lalu.
- Tertuduh Balqish Mohammad Dzyhan, 28, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan.
- Tiada pengakuan direkod kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
- Didakwa di bawah Seksyen 302; jika sabit boleh dihukum gantung atau penjara 30 hingga 40 tahun serta minimum 12 sebatan; jaminan tidak dibenarkan.
Tertuduh, Balqish Mohammad Dzyhan, 28, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Farah Azura Mohd Saad.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes berkenaan berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh Muhammad Eiden Faheem Mohammed Nor Syafiq di sebuah taska antara pukul 9.30 hingga 10.40 pagi, pada 5 Mei lalu.
Pertuduhan dikemukakan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjarakan antara 30 hingga 40 tahun serta minimum 12 sebatan.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 14 Julai depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat serta laporan kimia.