Pelajar IPTS ditemukan maut dengan kesan kecederaan di badan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Seorang pelajar wanita sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang dilaporkan hilang ditemukan maut di sebuah kondominium di Bandar Sunway, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata, mangsa yang merupakan warga asing berusia lingkungan 20-an ditemui dengan beberapa kesan kecederaan pada badan.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.03 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi dan mendapati mangsa dalam keadaan tidak bernyawa.

Susulan itu, seorang lelaki warga asing berusia 20-an ditahan di lokasi sama bagi membantu siasatan dan beberapa barang kes turut dirampas bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Motif kejadian masih dalam siasatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, ASP Surianti Lataera di talian 013-3352547,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan polis.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.