
SIBU, 8 September – Operasi memadam api kebakaran di Daro dan Sibu diteruskan pagi Selasa, dengan melibatkan kawasan keseluruhan seluas 7 hektar.
- Operasi di Daro memasuki hari kelapan; 3.5 daripada 4 hektar dipadam, baki 0.5 hektar masih dalam proses pemadaman.
- Operasi di Sibu memasuki hari keenam; melibatkan 9 hektar, 2.5 hektar dipadam, baki 6.5 hektar masih terbakar.
- Operasi dikendalikan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Daro serta Sungai Merah.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi memadam api di Daro memasuki hari kelapan selepas kebakaran hutan di Kampung Penuai, Pulau Bruit dilaporkan pada 1 September lalu.
Api di kawasan 3.5 hektar daripada keseluruhan empat hektar kawasan kebakaran telah berjaya dipadamkan, manakala baki 0.5 hektar lagi masih dalam proses pemadaman oleh pihak bomba.
Sementara itu, operasi pemadaman api kebakaran belukar di Lorong Teku 14, Sibu terus giat dijalankan bagi memastikan api dipadamkan sepenuhnya.
Operasi memasuki hari keenam selepas kebakaran dilaporkan pada 3 September lalu.
Ia melibatkan kawasan seluas sembilan hektar, dengan api di 2.5 hektar berjaya dipadam, manakala baki 6.5 hektar masih terbakar.
Kedua-dua operasi pemadaman api dikendalikan pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Daro serta Sungai Merah.