
GERIK, 7 September – Enam pendaki Trans GBB yang berjaya dibawa keluar dari kawasan pendakian malam ini berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
RINGKASAN BERITA AI
- Kesemua pendaki menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan Pos Kemar selepas dibawa keluar dari Kem Kulim.
- Mereka ditemukan oleh sepuluh malim gunung dari Perak dan Kelantan sebelum dibawa ke Kampung Lelar.
- Operasi mencari dan menyelamat berakhir selepas semua mangsa ditemukan dan dibawa ke lokasi selamat.
- Kesemua mereka akan dibawa keluar dari Pos Kemar pada pagi esok (Selasa).
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, kesemua pendaki telah menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan Pos Kemar selepas dibawa keluar dari Kem Kulim.
Mereka ditemukan oleh sepuluh malim gunung dari Perak dan Kelantan sebelum dibawa ke Kampung Lelar dan tiba kira-kira pukul 8.45 malam.
Operasi mencari dan menyelamat tersebut berakhir selepas kesemua mangsa berjaya ditemukan dan dibawa ke lokasi selamat.
Kesemua mereka akan dibawa keluar dari Pos Kemar pada pagi esok (Selasa).