Nahas 8 kenderaan: Lelaki pandu pacuan empat roda maut di Kota Kinabalu

Mangsa nahas jalan raya yang maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan di Jalan Kolam, Kota Kinabalu/Foto Polis Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 14 September – Seorang lelaki berusia 43 tahun maut dalam nahas jalan raya membabitkan lapan kenderaan di Jalan Kolam, berhampiran lampu isyarat Flyover Jalan Kolam, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pacuan empat roda dilaporkan hilang kawalan ketika tiba di lampu isyarat, dari arah Bukit Padang menuju Damai.
  • Kenderaan itu melanggar sebuah kereta dan motosikal, rempuh belakang sebuah pikap, kemudian terbabas dan melanggar empat kenderaan lain.
  • Mangsa ditemui tidak sedarkan diri di tempat pemandu, disahkan meninggal; orang ramai diminta hubungi Insp. Brymenedren Godon 010-7768802.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa dikenal pasti sebagai Arizal Wahid, 44, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja ditemukan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila pacuan empat roda yang dipandu mangsa dari arah Bukit Padang menuju Damai hilang kawalan ketika tiba di lampu isyarat berkenaan.

Beliau berkata kenderaan itu kemudian melanggar sebuah kereta dan sebuah motosikal sebelum merempuh bahagian belakang sebuah pikap yang bergerak sehala.

“Pacuan empat roda berkenaan kemudian terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar empat kenderaan lain.

“Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth II,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa nahas jalan raya yang maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan di Jalan Kolam, Kota Kinabalu/Foto Polis Kota Kinabalu

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Insp. Brymenedren Godon di talian 010-7768802 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.