Maritim Malaysia patahkan cubaan seludup benih udang kara RM2.6 juta

Foto RTM

KOTA TINGGI, 20 Jun – Cubaan menyeludup keluar benih udang kara bernilai RM2.6 juta di Jeti Tanjung Belungkor di sini pagi semalam berjaya dipatahkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

RINGKASAN BERITA AI
  • Benih disembunyikan dalam 113 kotak polistirena, dipercayai cuba diseludup ke Singapura.
  • Siasatan awal mendapati benih dibawa masuk dari Indonesia dan Malaysia dijadikan lokasi transit.
  • Maritim merampas bot gentian kaca serta enjin sangkut bersama rampasan benih.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 40(1) Akta Perikanan 1985 dan operasi risikan di Johor Timur akan dipertingkat.

Benih yang disembunyikan di dalam 113 kotak polistirena itu dipercayai cuba diseludup ke Singapura.

Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili. Komander Maritim Mohd Najib Sam dalam kenyataan memaklumkan, siasatan awal mendapati, benih tersebut dibawa masuk dari Indonesia dengan menjadikan Malaysia sebagai lokasi transit.

“Selain rampasan benih udang kara, turut dirampas bot gentian kaca serta enjin sangkut.

“Pihak Maritim Malaysia akan mempergiat risikan dan operasi di kawasan perairan Johor Timur bagi mengenal pasti laluan penyeludupan sumber perikanan bernilai tinggi,” katanya.

Kes disiasat mengikut seksyen 40(1) Akta Perikanan 1985.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.