
SEPANG, 25 Ogos – Kawasan terjejas akibat kerosakan sebahagian struktur siling luaran di laluan mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Kuching telah dikawal sepenuhnya.
- Kawasan terjejas telah dikawal sepenuhnya oleh Malaysia Airports.
- Pasukan Malaysia Airports berada di lokasi untuk pemeriksaan keselamatan dan penyelarasan tindakan susulan.
- Operasi lapangan terbang berjalan seperti biasa dengan tumpuan memastikan akses selamat ke terminal.
- Keutamaan adalah keselamatan dan kesejahteraan penumpang, pengguna lapangan terbang serta kakitangan.
Malaysia Airports dalam satu kenyataan, memaklumkan pasukan berkaitan kini berada di lokasi bagi menjalankan pemeriksaan keselamatan serta menyelaras tindakan susulan yang diperlukan.
Menurutnya, operasi lapangan terbang masih berjalan seperti biasa, dengan tumpuan diberikan kepada memastikan akses selamat ke terminal selain meminimumkan sebarang kesulitan kepada penumpang.
“Malaysia Airports mengambil maklum mengenai insiden tersebut.
“Kawasan yang terjejas telah dikawal dan pasukan kami berada di lokasi bagi menjalankan pemeriksaan keselamatan serta menyelaras tindakan susulan yang diperlukan.
“Operasi lapangan terbang berjalan seperti biasa, dengan tumpuan diberikan kepada memastikan akses selamat ke terminal serta meminimumkan sebarang kesulitan kepada penumpang,” menurut kenyataan itu.
Malaysia Airports berkata, keutamaan pihaknya adalah memastikan keselamatan dan kesejahteraan penumpang, pengguna lapangan terbang serta kakitangan.
“Keutamaan kami adalah keselamatan dan kesejahteraan penumpang, pengguna lapangan terbang serta kakitangan,” katanya.
Sebahagian struktur siling luaran di laluan kawasan mengambil dan menurunkan penumpang itu mengalami kerosakan pada Selasa akibat hujan lebat dan angin kencang.