PM Nepal dapat pengecualian berkaca mata hitam di Parlimen

Balendra Shah/ Reuters

KATHMANDU, 25 Ogos- Perdana Menteri Nepal, Balendra Shah dibenarkan memakai cermin mata hitam dalam persidangan Parlimen atas faktor perubatan, kata seorang pegawai pada Selasa selepas Yang Dipertua Parlimen sebelum ini menasihatkannya supaya tidak berbuat demikian.

RINGKASAN BERITA AI
  • Shah jarang dilihat tanpa cermin mata hitam, menjadi ciri utama penampilannya.
  • Dia sering memakai cermin mata hitam semasa kempen, acara rasmi, dan dalam potret rasmi selepas memegang jawatan.
  • Yang Dipertua Parlimen Dol Prasad Aryal menasihatkan Shah supaya tidak memakai cermin mata hitam dalam Dewan.
  • Sekretariat mengemukakan laporan perubatan, Timbalan Jurucakap berkata cermin mata boleh dipakai jika diperlukan dalam cahaya terang.

Ahli politik yang pernah bergelar penyanyi rap dan lebih dikenali sebagai “Balen” itu jarang dilihat di khalayak ramai tanpa cermin mata hitam.

Perdana Menteri berusia 36 tahun itu sering memakainya dalam pelbagai acara, daripada kempen pilihan raya hingga urusan rasmi, termasuk dalam potret rasmi selepas memegang jawatan pada Mac lalu.

Awal bulan ini, Yang Dipertua Parlimen, Dol Prasad Aryal menasihati Shah supaya tidak memakai cermin mata hitam dalam Dewan susulan kritikan orang ramai bahawa aksesori berkenaan tidak sesuai dipakai dalam badan perundangan negara.

Bagaimanapun, Shah kini diberikan pengecualian.

Balendra Shah/AFP

“Satu laporan telah dikemukakan kepada sekretariat yang menyatakan keperluan perubatan untuk Perdana Menteri memakai cermin mata hitam,” kata Timbalan Jurucakap Sekretariat Parlimen, Ananta Prasad Koirala.

Koirala berkata Shah dibenarkan memakai cermin mata berkenaan di Parlimen sekiranya penggunaannya diperlukan atas faktor perubatan ketika berada dalam keadaan cahaya terang.

Shah yang jarang tampil di khalayak ramai sejak memegang jawatan dijangka menghadiri persidangan Parlimen pada Rabu.

Cermin mata hitam itu yang sering dipadankan dengan pakaian serba hitam menjadi antara ciri utama penampilan Shah sejak kempen beliau untuk menjadi Datuk Bandar Kathmandu pada 2022.

Popularitinya turut meningkat dengan kedai menjual cermin mata yang menyerupai aksesori berkenaan sebagai “cermin mata Balen” kepada pelanggan yang mahu meniru gaya Shah. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.