Layang-layang cetus kebimbangan Israel, PBB sifatkan ‘keterlaluan’

Kanak-kanak bermain layang-layang di sebuah kem sementara bagi penduduk Palestin yang dipindahkan di barat Khan Yunis, selatan Gaza /AFP

GENEVA, 25 Ogos- Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengecam ancaman Israel untuk mengusir penduduk dari kawasan di Gaza susulan penerbangan layang-layang oleh kanak-kanak.

RINGKASAN BERITA AI
  • PBB mengecam ancaman pengusiran penduduk Gaza susulan penerbangan layang-layang kanak-kanak.
  • Jurucakap Pejabat Hak Asasi Manusia Ravina Shamdasani menyifatkan ancaman itu sebagai "keterlaluan".
  • Hamas berkata layang-layang diterbangkan oleh kanak-kanak yang cuba menikmati zaman kanak-kanak di tengah kemusnahan.
  • Hamas tuduh Israel gunakan insiden layang-layang sebagai alasan untuk serangan udara; pertahanan awam Gaza lapor tiga maut.

Jurucakap Pejabat Hak Asasi Manusia PBB, Ravina Shamdasani menyifatkan ancaman pengusiran berhubung penerbangan layang-layang itu sebagai “keterlaluan”.

“Ancaman pengusiran disebabkan kanak-kanak menerbangkan layang-layang, saya harap kita semua bersetuju bahawa perkara ini keterlaluan,” katanya kepada pemberita di Geneva.

Anggota biro politik Hamas, Bassem Naim berkata layang-layang berkenaan diterbangkan kanak-kanak di Gaza yang cuba menikmati sedikit keseronokan di tengah-tengah kemusnahan.

Hamas juga memaklumkan bahawa Israel menggunakan insiden layang-layang itu sebagai alasan untuk melancarkan serangan udara di tengah Gaza pada Ahad.

Pertahanan awam Gaza melaporkan tiga penduduk maut dalam serangan berkenaan. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.