Pelarian Myanmar adakan bantahan di kem Bangladesh

Bantahan oleh pelarian Myanmar berhubung keadaan di kem Cox’s Bazar, Bangladesh diadakan sempena memperingati ulang tahun kesembilan tindakan keras ketenteraan di negara asal / AFP

DHAKA, 25 Ogos- Ribuan pelarian Myanmar mengadakan bantahan di beberapa kem penempatan di Cox’s Bazar, Bangladesh pada Selasa, sempena ulang tahun kesembilan tindakan ketenteraan di negara asal mereka pada 2017.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebih 1.2 juta pelarian Rohingya ditempatkan dalam kira-kira 30 kem di Cox's Bazar, antara penempatan pelarian terbesar dunia.
  • United Council of Rohingya berkata perhimpunan dianjurkan untuk memperingati peristiwa 2017 dan menyuarakan kebimbangan keadaan di kem.
  • Peserta menceritakan kekejaman: orang terdekat dipenggal, rumah dibakar dan mereka diusir dari tanah sendiri.
  • Save the Children: pengurangan pembiayaan dan catuan makanan menjejaskan kem; seorang daripada tiga dijangka hadapi kelaparan peringkat krisis antara Sept hingga Dis.

Lebih 1.2 juta pelarian Myanmar daripada etnik Rohingya kini ditempatkan di kira-kira 30 kem di Cox’s Bazar  yang merupakan antara penempatan pelarian terbesar di dunia.

Kumpulan United Council of Rohingya (UCR) berkata perhimpunan itu dianjurkan bagi memperingati peristiwa yang berlaku pada 2017 serta menyuarakan beberapa perkara berkaitan keadaan di kem berkenaan.

Sabikunnahar, 32, yang tiba di Bangladesh pada 2017 berkata peristiwa ketika meninggalkan Myanmar masih diingatinya.

“Orang terdekat kami dipenggal, rumah kami dibakar dan kami diusir dari tanah sendiri — tentera mengambil alih tanah kami kira-kira sembilan tahun lalu,” katanya.

Menurut pertubuhan kemanusiaan, Save the Children, pengurangan pembiayaan dan catuan makanan memberi kesan kepada keadaan di kem berkenaan, manakala kanak-kanak merangkumi lebih separuh jumlah keseluruhan penduduk.

Jelas pihak itu, seorang daripada setiap tiga pelarian dijangka berdepan tahap kelaparan “krisis” atau lebih teruk antara September dan Disember. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.