
KUALA LUMPUR, 26 Mei – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun minggu lalu.
- Mangsa diculik dari jagaan bapanya pada 19 Mei 2026 antara 2.30 hingga 4.49 petang di kawasan Jalan Ilmu hingga Petron Jalan Johar, Bukit Damansara.
- Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan juga denda jika sabit kesalahan.
- Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin; kes disebut semula pada 20 Julai.
Tertuduh, Muhammad Rafiqzam Hafeq Mohd Rosly membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atiqah binti Mohamed @ Mohamad Saim.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Rafiqzam menculik mangsa daripada jagaan sah bapanya, Rosli Ab Ghani pada 19 Mei 2026 antara pukul 2.30 petang hingga 4.49 petang di kawasan Jalan Ilmu berhampiran MAHSA University sehingga Petron Jalan Johar di Bukit Damansara, di sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 20 Julai depan.