Lelaki maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Ipoh

Foto RTM

IPOH, 19 November – Seorang lelaki tempatan maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Persiaran Lembah Perpaduan di sini, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi ketika JSJ Bukit Aman dan IPK Perak menjalankan rondaan cegah jenayah samun.
  • Suspek keluar dari kenderaan untuk melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan polis.
  • Pasukan polis membalas tembakan untuk menyelamatkan diri; lelaki disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3.40 pagi; pistol ditemui berhampiran.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971; sidang media dijadual pukul 3 petang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu berlaku ketika pasukan JSJ Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak menjalankan rondaan cegah jenayah samun di sekitar Ipoh.

Beliau berkata, suspek keluar daripada kenderaan untuk melarikan diri selepas polis cuba menahannya sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan berkenaan.

“Pasukan polis membalas tembakan untuk menyelamatkan diri sehingga tiada ancaman keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan kira-kira pukul 3.40 pagi, manakala sepucuk pistol ditemukan berhampirannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sidang media bagi memberikan penjelasan lanjut mengenai kejadian itu dijadual diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pada pukul 3 petang ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.