Kuching catat IPU 275, kekal tahap sangat tidak sihat

Dua penduduk Kampung Rasau, Serian, Rikat Tanggok (kanan) dan isterinya, Jumi Buu (kiri), sibuk menjual durian di tepi Jalan Serian-Sri Aman dalam suasana jerebu./ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Kuching merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 275 setakat 6 petang ini, meningkat daripada 264 pada 4 petang, sekali gus kekal pada tahap sangat tidak sihat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Enam kawasan di Sarawak catat tahap sangat tidak sihat, termasuk Sri Aman 235, IPD Serian 230, Samarahan 210, Bintulu 209, Samalaju 208.
  • 25 kawasan seluruh negara rekod IPU tidak sihat setakat 6 petang, termasuk beberapa lokasi di Sarawak, Sabah dan Semenanjung.
  • Klasifikasi IPU: 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, melebihi 300 berbahaya.

Berdasarkan rekod Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Kuching merupakan antara enam kawasan di Sarawak yang mencatatkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat.

Lima kawasan lain ialah Sri Aman dengan bacaan 235, IPD Serian (230), Samarahan (210), Bintulu (209) dan Samalaju (208).

Pada 4 petang tadi, Sri Aman merekodkan bacaan 240, manakala IPD Serian mencatat 259, Samarahan (220), Bintulu (210) dan Samalaju (207).

Sementara itu, 25 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat 6 petang.

Di Sarawak, kawasan berkenaan ialah ILP Miri dengan bacaan 191, Mukah (190), Miri (184), Sarikei (180), Sibu (176), Limbang (163) dan Kapit (152).

Di Sabah, Kimanis merekodkan bacaan 171, manakala Kota Kinabalu 158. Labuan pula mencatatkan bacaan 171.

Di Semenanjung, Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan 161, diikuti Bukit Rambai, Melaka (159), Tangkak, Johor (158), Segamat (157), Batu Pahat (157), Kluang (156), Seremban (155), Alor Gajah (155), Putrajaya (152), Larkin (152), Balok Baru Kuantan (147), Banting (121), Port Dickson (118) dan Bandaraya Melaka (118).

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 201 hingga 300 berada pada tahap sangat tidak sihat.

Bacaan melebihi 300 pula dikategorikan sebagai berbahaya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.