KPDN Johor rekod 2,373 kes, nilai sitaan RM11.6 juta

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor Lilis Saslinda Pornomo ketika membuat tinjauan sempena Pelancaran Skim Harga Maksimum Perayaan (SHMMP) Deepavali 2026 Peringkat Negeri Johor / Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 6 November – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor merekodkan 2,373 kes penguatkuasaan dengan nilai sitaan keseluruhan RM11.6 juta bagi tempoh 1 Januari hingga 5 November tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • KPDN Johor memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi melindungi kepentingan pengguna.
  • Mempergiat advokasi kepada peniaga melalui hebahan media sosial rasmi dan pengedaran risalah mengenai barang kawalan dan tanggungjawab.
  • Sebanyak 1,537 pemeriksaan dijalankan di peringkat pemborong dan peruncit sempena Tahun Baharu Cina dan Hari Raya.
  • 879 kes direkodkan; kesalahan tertinggi gagal mempamerkan tanda harga merah jambu bagi barangan harga terkawal.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Parnomo berkata, pencapaian itu hasil usaha berterusan pihaknya memperkukuh penguatkuasaan undang-undang serta melindungi kepentingan pengguna.

Beliau berkata, KPDN Johor turut mempergiat usaha advokasi kepada peniaga menerusi hebahan di media sosial rasmi dan pengedaran risalah berkaitan senarai barang kawalan serta tanggungjawab yang perlu dipatuhi.

“KPDN Johor terus mengambil langkah proaktif dengan mempergiat advokasi kepada semua pedagang, kepada semua peniaga melalui hebahan di media sosial rasmi serta pengedaran risalah berkaitan senarai barang kawalan, tanggungjawab dan juga kewajipan yang perlu dipatuhi oleh peniaga,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 1,537 pemeriksaan dijalankan di peringkat pemborong dan peruncit sepanjang pelaksanaan skim harga maksimum sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 879 kes direkodkan dengan kesalahan tertinggi melibatkan kegagalan peniaga mempamerkan tanda harga merah jambu bagi barangan harga terkawal.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.