
GEORGE TOWN, 23 Jun – Sebuah rumah kedai dua tingkat yang menjalankan perkhidmatan berasaskan bahan kimia terbakar dalam kejadian di Jalan Pintal Tali, George Town malam tadi.
- Kira-kira 30 peratus premis musnah dalam kebakaran.
- Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 11.50 malam; operasi ditamatkan pada pukul 12.07 malam.
- Unit Hazmat melakukan pemeriksaan bacaan pH dan mengesahkan tiada kebocoran bahan kimia; kawasan disahkan selamat.
- Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Penolong Pengarah Bahagian Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis dalam satu kenyataan memaklumkan, kira-kira 30 peratus premis musnah dalam kebakaran tersebut.
“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 11.50 malam dan operasi ditamatkan pada pukul 12.07 malam.
“Unit Hazmat telah melakukan pemeriksaan bacaan pH di lokasi bagi memastikan tiada kebocoran bahan kimia berbahaya dan hasil pemeriksaan mendapati kawasan berkenaan disahkan selamat,” katanya.

Kenyataan turut memaklumkan, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Terdahulu, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.13 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh
Pantai dikejarkan ke lokasi.
Operasi pemadaman turut dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan BBP Bayan Baru serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seri Tanjung, Mount Erskine dan Lebuh Bakau.