Pemandu positif dadah rempuh pegawai polis ketika SJR

Saringan awal air kencing suspek didapati positif dadah, selain miliki enam rekod jenayah lampau

KUCHING, 23 Jun – Seorang individu berusia 29 tahun yang merempuh pegawai polis ketika Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Padungan telah dituduh di mahkamah dan dikenakan hukuman penjara enam bulan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang lelaki 29 tahun merempuh pegawai polis ketika SJR di Jalan Padungan.
  • Insiden menyebabkan pegawai cedera di bahagian pinggang dan luka pada siku kanan.
  • Suspek melarikan diri tetapi ditahan kurang enam jam kemudian di Jalan Bintara, Samariang.
  • Dikenakan penjara enam bulan; turut dijatuhi satu tahun dan sembilan bulan mengikut Seksyen berkaitan; pertuduhan Akta Pengangkutan Jalan menyusul.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu memaklumkan, kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis 1967.

“Individu berkenaan turut dikenakan hukuman penjara satu tahun mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan dan sembilan bulan penjara di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Lelaki terbabit juga bakal dituduh mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian,”katanya menerusi kenyataan.

Pada Sabtu lepas, kira-kira pukul 2.40 pagi, individu terbabit telah merempuh SJR Ops Bersepadu Cegah Jenayah sebelum melanggar seorang pegawai polis yang sedang bertugas.

Akibat insiden terbabit, pegawai berkenaan cedera di bahagian pinggang dan luka pada siku kanan.

Suspek yang bertindak melarikan diri, berjaya ditahan kurang enam jam kemudian di Jalan Bintara, Samariang.

Saringan awal air kencing suspek didapati positif dadah, selain miliki enam rekod jenayah lampau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.