
JOHOR BAHRU, 11 Jun – Asid nitrik dipercayai sebatian kimia terlibat dalam insiden kebocoran bahan kimia di sebuah kilang di Pasir Gudang pada tengahari tadi.
- Peralatan Gasmet dan meter gas GFG 4 mendapati tiada kehadiran gas beracun di lokasi.
- Bahan kimia disimpan dalam sebuah tangki 100 liter.
- Syarikat memindahkan bahan kimia ke sistem scrubber bagi mengelakkan ia tersebar ke udara.
- Seramai 13 anggota, termasuk Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT), digerakkan dan operasi tamat 3.47 petang.
Bagaimanapun, pengesanan dijalankan peralatan Gasmet dan meter gas GFG 4 mendapati tiada kehadiran gas beracun di lokasi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan Satu Faisal Ismail berkata, pemeriksaan mendapati bahan kimia itu telah disimpan di dalam sebuah tangki 100 liter.
“Pihak syarikat telah memindahkan bahan kimia tersebut ke dalam sistem scrubber bagi mengelakkan ia tersebar ke udara.
“Manakala anggota BBP terlibat pula diarahkan untuk mengambil sampel bahan kimia berkenaan, untuk ujian dan analisis lanjut,” katanya.
Seramai 13 anggota, termasuk daripada Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) digerakkan ke lokasi, dan operasi tamat 3.47 petang.