Kastam Kelantan rampas 640,000 batang rokok seludup

Gambar hiasan

PASIR MAS, 21 Julai – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 640,000 batang rokok putih dipercayai diseludup dalam serbuan di sebuah bangsal di Kampung Kubang Bulat, Gunong, Bachok, pada 29 Jun lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rampasan dianggarkan bernilai RM579,520 termasuk duti dan cukai.
  • Sindiket menggunakan bangsal tanpa nombor sebagai lokasi transit, jauh dari jalan utama dan sunyi.
  • Tiada tangkapan dibuat semasa serbuan; kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Pengarah Kastam Kelantan, Mohd Hisham Mohd Nor, berkata rampasan membabitkan 64 peti rokok putih itu dianggarkan bernilai RM579,520, termasuk duti dan cukai.

Beliau berkata, sindiket dipercayai menjadikan bangsal yang tidak bernombor itu sebagai lokasi transit sebelum rokok berkenaan diedarkan ke pasaran tempatan.

“Kawasan itu terletak jauh dari jalan besar, masuk ke kawasan pedalaman dan persekitarannya juga agak sunyi.

“Rokok itu dipercayai dibawa masuk melalui laluan laut sebelum disimpan sementara di lokasi berkenaan untuk pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di Pejabat Cawangan Penguatkuasaan Kastam Rantau Panjang, hari ini.

Mohd Hisham berkata, bagaimanapun tiada tangkapan dibuat dalam serbuan kira-kira jam 10.45 malam itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.