Tujuh individu ditahan, cubaan seludup bunga ganja lebih RM19 juta gagal

Sindiket pengedaran dadah berskala besar yang aktif serta terancang tumpas dalam operasi berasingan

SHAH ALAM, 21 Julai – Sindiket pengedaran dadah berskala besar yang aktif serta terancang tumpas dalam operasi berasingan di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara 11 hingga 17 Julai lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Enam cubaan menyeludup bunga ganja bernilai RM19.82 juta gagal.
  • Polis menahan tujuh suspek; seorang wanita tempatan dan enam warga asing.
  • Rampasan 247.8 kilogram bunga ganja disembunyikan dalam bagasi untuk dihantar menggunakan penerbangan komersial.
  • Barang kes turut melibatkan wang tunai, barangan kemas; semua suspek direman dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar ketika berkongsi kejayaan itu mengesahkan enam cubaan menyeludup dadah jenis bunga ganja mencecah RM19.82 juta itu, gagal.

“Tujuh suspek yang ditahan terdiri daripada seorang wanita tempatan serta enam warga asing.

“Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA bersama Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) itu menemukan barang kes melibatkan 247.8 kilogram bunga ganja yang disembunyikan dalam bagasi untuk dihantar ke luar negara menggunakan penerbangan komersial,”katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Rampasan turut melibatkan wang tunai serta barangan kemas.

Kesemua suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.