
KUALA LUMPUR, 23 Januari – Sebuah kasino mini yang beroperasi secara rahsia di sebuah unit kondominium di Sentul berjaya dibongkar polis dalam operasi malam tadi.
- Operasi polis D7 dan IPD Sentul membongkar kasino mini rahsia di sebuah unit kondominium di Sentul.
- 18 ditahan (14 lelaki, 4 wanita termasuk warga Vietnam dan Thailand) dan semua direman dua hari.
- Barang rampasan termasuk meja poker, 52 daun terup, 625 cip bernilai hampir RM20,000; disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dalam kenyataan memaklumkan, operasi kira-kira pukul 10 malam itu dijalankan Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayaj (JSJ) Kuala Lumpur bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
“Hasil operasi seramai 18 individu ditahan berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an, termasuk 14 lelaki dan empat wanita, dua daripadanya warga Vietnam dan Thailand.
“Polis turut merampas sebuah meja poker, lapan kerusi, 52 keping daun terup serta 625 cip perjudian bernilai hampir RM20,000.Premis tersebut dipercayai mula aktif sejak hujung November tahun lalu dan beroperasi secara tertutup tanpa membabitkan mana-mana sindiket,” menurut kenyataan itu.
Mereka yang terlibat dalam permainan itu hanya terdiri daripada kenalan rapat serta jemputan khas bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Kesemua suspek direman selama dua hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Premis tersebut dipercayai mula aktif sejak hujung November tahun lalu dan beroperasi secara tertutup tanpa membabitkan mana-mana sindiket.