JPJ Kelantan sita 10 kenderaan ekstrem

Foto RTM

KOTA BHARU, 13 September – Sebanyak 10 buah kenderaan yang diubah suai secara ekstrem dengan kos dianggarkan mencecah RM30,000, disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Kota Bharu, Jumaat lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Op Ekstrem dijalankan pukul 12.00 tengah malam hingga 8.00 pagi; JPJ turut menyita dua motosikal.
  • JPJ mengeluarkan 131 notis termasuk saman P22, kesalahan teknikal PG(1) dan notis arah periksa di bawah Seksyen 61(1).
  • Pengarah Mohd Misuari menegaskan pengubahsuaian kecil boleh ganggu brek, kestabilan dan kawalan; penguatkuasaan untuk cegah tragedi.

Menerusi Op Ekstrem yang bermula pukul 12.00 tengah malam hingga 8.00 pagi itu, JPJ Kelantan turut menyita dua buah motosikal.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, hasil operasi tersebut, 131 notis keseluruhan telah dikeluarkan.

Jumlah tersebut melibatkan, 52 Notis Saman P22, 33 kesalahan teknikal PG(1), dan 32 Notis Arah Periksa Kenderaan di bawah Seksyen 61 (1),12 Notis Sita di bawah Seksyen 64 (1) melibatkan dua motosikal dan 10 kenderaan serta dua notis panggilan temu siasat di bawah Seksyen 114.

“Satu pengubahsuaian mungkin nampak kecil kepada pemilik tetapi jika ia menyebabkan brek tidak berfungsi dengan baik, tayar tidak sesuai, kenderaan hilang kestabilan atau pemandu gagal mengawal kenderaan, kesannya boleh menjadi sangat besar kita tidak mahu bertindak selepas tragedi berlaku. kita mahu bertindak sebelum tragedi berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bahagian Penguatkuasa JPJ Kelantan, Kota Bharu, hari ini.

Mengulas lanjut, menurut beliau, antara kesalahan teknikal yang dikesan adalah sembilan kes penyenyap bunyi tidak mengikut spesifikasi, tiga kes pertukaran enjin dan tiga kes pengubahsuaian kelapangan tanah.

Selain itu, turut dikesan masing-masing satu kes membabitkan ketelusan cahaya cermin hadapan, cermin retak, lampu belakang tidak berfungsi serta nombor pendaftaran ‘fancy’.

Manakala, antara kesalahan teknikal motosikal melibatkan saiz tayar, nombor pendaftaran, cermin pemantul, ‘swing arm’, sistem brek hadapan dan belakang, sistem kawalan enjin (ECU), penutup rantai serta penyenyap bunyi.

Dalam pada itu, katanya, sepanjang Januari hingga September, JPJ Kelantan telah melaksanakan sebanyak 18 Op Ekstrem sebagai langkah berterusan memperkukuh penguatkuasaan terhadap kesalahan yang melibatkan aspek keselamatan,spesifikasi dan pengubahsuaian kenderaan.

Daripada operasi terbabit sebanyak 1,130 buah kenderaan diambil tindakan, keseluruhan 5,616 notis saman dikeluarkan, 278 buah kenderaan disita.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.