
JOHOR BAHRU, 14 Julai – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan Notis 114 (notis temu siasat) terhadap individu terlibat, susulan isu tular petugas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menunggang motosikal tanpa topi keledar, semasa berkempen.
- Individu terlibat perlu hadir ke pejabat JPJ dalam tempoh 30 hari untuk membantu siasatan.
- Kesalahan boleh dikenakan kompaun maksimum RM300; sabitan mahkamah denda hingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.
- Tindakan diambil susulan arahan Menteri Pengangkutan yang tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang semasa kempen.
Pengarah JPJ Johor, Zulkarnain Yasin dalam kenyataan memaklumkan, semua individu terlibat perlu hadir ke mana-mana pejabat JPJ dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis dikeluarkan bagi membantu siasatan.
Kesalahan itu memperuntukkan kompaun maksimum RM300. Jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara selama tidak lebih enam bulan.
Tindakan diambil susulan arahan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang tidak akan berkompromi dengan pihak yang sengaja melanggar undng-undang semasa kempen PRN.