
KUALA LUMPUR, 17 September- Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 berlaku kira-kira 88 kilometer utara Sandakan, Sabah pada 10.30 malam ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Pusat gempa dilaporkan di Borneo pada koordinat 6.6 darjah Utara dan 118.3 darjah Timur.
- Terletak kira-kira 354 kilometer selatan Palawan, Filipina.
- Gempa berlaku pada kedalaman 392 kilometer.
- Penilaian awal Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional METMalaysia menyatakan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa itu berpusat di kawasan Borneo pada koordinat 6.6 darjah Utara dan 118.3 darjah Timur, kira-kira 354 kilometer selatan Palawan, Filipina.
Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 392 kilometer.
Menurut penilaian awal Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional (POCGN) METMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.