Dua bekas banduan dijatuhi hukuman penjara atas sembilan pertuduhan curi

Gambar Hiasan

JOHOR BAHRU, 17 September – Dua bekas banduan dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 31 bulan 15 hari oleh Mahkamah Majistret dan Sesyen Johor Bahru, selepas mengaku bersalah atas sembilan pertuduhan mencuri dan melupuskan harta curi.

RINGKASAN BERITA AI
  • J Durai Raj dihukum penjara 23 bulan 15 hari dan denda RM19,000; P Sherman Paul dihukum lapan bulan dan denda RM10,000.
  • Kejadian berlaku di Taman Pulai Mutiara, membabitkan bungkusan beli dalam talian, rak kasut, lampin, kamera, barang kemas dan peralatan bengkel.
  • Mereka didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan rompakan berkumpulan melibatkan kabel di Setia Eco Gardens, Gelang Patah, pada 28 Julai.
  • Mahkamah membenarkan ikat jamin RM8,000 setiap seorang; perintah lapor bulanan, tidak ganggu saksi dan serah pasport; sebutan 19 Oktober.

J Durai Raj, 26, dihukum penjara 23 bulan 15 hari dan denda keseluruhan RM19,000, manakala P Sherman Paul, 27, dihukum penjara lapan bulan dan denda RM10,000.

Kesalahan itu dilakukan di Taman Pulai Mutiara, Johor Bahru, pada 7 September lalu, membabitkan pelbagai barangan termasuk bungkusan belian
dalam talian, rak kasut, lampin pakai buang, kamera, barang kemas dan peralatan bengkel.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal dan Anis Syafeeqah Mohd Shariffudin, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Dalam perkembangan berkaitan, kedua-dua lelaki itu turut didakwa di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan rompakan berkumpulan membabitkan kabel di Setia Eco Gardens, Gelang Patah, pada 28 Julai lalu.

Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merompak dua individu dengan melarikan satu gulung kabel kira-kira pada pukul 2 pagi di Jalan Laman Setia Utama.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Mereka turut diarahkan melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan, tidak mengganggu saksi dan menyerahkan pasport.

Kes disebut semula dan penyerahan dokumen pada 19 Oktober depan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.