Tiada syarikat Malaysia terlibat pembakaran terbuka di Kalimantan

Pemandangan ibu kota Kuala Lumpur kelihatan kabur susulan jerebu yang menjejaskan kualiti udara/ BERNAMA

JAKARTA, 19 September – Tiada syarikat Malaysia setakat ini dikenal pasti terlibat dalam pembakaran terbuka yang menyebabkan kebakaran di Kalimantan, Indonesia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiada syarikat Malaysia dikenal pasti terlibat dalam pembakaran terbuka di Kalimantan setakat ini.
  • Indonesia telah mengambil tindakan perundangan terhadap 95 syarikat, dan penyelidikan berjalan mengenai kaitan pemilikan saham Malaysia.
  • Malaysia bersedia memberi kerjasama bantuan pemadaman dan langkah mengurangkan kesan jerebu terutama di Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memaklumkan setakat ini tindakan perundangan telah diambil terhadap 95 syarikat terlibat.

“Tidak ada maklumat yang diberikan mengenai syarikat Malaysia dan pihak Indonesia sedang meneliti jika ada penglibatan kerana syarikat-syarikat itu didaftarkan atas nama syarikat yang didaftarkan di Indonesia.

“Mungkin dari segi pemegang sahamnya terdapat beberapa jumlah yang kecil syarikat syarikat berkenaan dimiliki oleh pemegang-pemegang saham daripada Malaysia”, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sebagai negara jiran terdekat, Malaysia bersedia memberikan kerjasama bagi membantu usaha pemadaman kebakaran dan mengurangkan kesan jerebu yang turut menjejaskan negara ini terutamanya di Sarawak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.