
BATU PAHAT, 19 September – Kira-kira 2000 pengunjung menghadiri Program MADANI Kita di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Batu Pahat, Johor, hari ini.
- Program anjuran JAPEN Negeri Johor sebagai inisiatif Kerajaan MADANI, selaras tema "Memaknai Harapan Rakyat".
- Pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah, pameran, kaunter perkhidmatan kerajaan dan saringan kesihatan.
- Program memberi manfaat nyata kepada penduduk melalui perkhidmatan seperti potong rambut, tukar helmet, pemulihan sijil SPM dan pemeriksaan gigi.
- Penyampaian 100 bakul Rahmah kepada penerima Parlimen Batu Pahat; program akan diteruskan ke Parlimen Tebrau pada 24 Oktober.
Program yang dianjurkan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Johor dilaksanakan sebagai inisiatif Kerajaan MADANI untuk mendekati sekali gus, memahami keperluan rakyat dan isu setempat, selari dengan tema “Memaknai Harapan Rakyat”.
Pengarah Penerangan Negeri Johor Muhammad Rizal Redzuan berkata pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah, pameran dan kaunter perkhidmatan kerajaan serta saringan kesihatan.
Beliau berkata program tersebut memberikan banyak manfaat kepada penduduk setempat, khususnya menerusi pelbagai perkhidmatan yang disediakan kepada pengunjung.
“Jadi saya rasa program ini telah memberikan manfaat yang sangat banyak pada penduduk setempat kerana kita mendapati bahawa semua orang yang datang ni mendapat faedahnya. Bukan hanya datang pusing-pusing sahaja.
“Sekurang-kurangnya ada yang dapat potong rambut, tukar helmet ada yang anaknya kehilangan sijil SPM, semuanya telah dapat kembali. Jadi saya lihat ia memberi manfaat kepada semua orang. Tadi ada yang datang buat pemeriksaan gigi, ambil kesempatan hari ini hari cuti dan sebagainya. Manfaatnya begitu banyak lah pada masyarakat”, katanya.
Selain itu, penyampaian bakul Rahmah yang mengandungi barangan keperluan asas kepada 100 penerima di Parlimen Batu Pahat bagi meringankan beban.
Program MADANI Kita akan diteruskan ke lokasi ketiga di Parlimen Tebrau, Johor Bahru, 24 Oktober.