
KUALA LUMPUR, 17 September- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 berlaku di Kepulauan Fox, pada 10.19 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
RINGKASAN BERITA AI
- Pusat gempa pada koordinat 52.8 darjah Utara dan 171.4 darjah Barat.
- Kira-kira 1,993 kilometer timur dari Petropavlovsk-Kamchatskiy, Rusia.
- Gempa berlaku pada kedalaman 104 kilometer.
- POCGN METMalaysia menilai tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 52.8 darjah Utara dan 171.4 darjah Barat, kira-kira 1,993 kilometer timur dari Petropavlovsk-Kamchatskiy, Rusia.
Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 104 kilometer.
Menurut penilaian awal Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional (POCGN) METMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.