
PUTRAJAYA, 8 Januari – Seorang bekas Panglima Tentera Darat bersama dua isterinya tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira pukul 10 pagi bagi proses permohonan reman.
- Bekas Panglima Tentera Darat dan dua isterinya hadir di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman.
- SPRM memohon reman berkaitan siasatan rasuah tender perolehan Tentera Darat Malaysia.
- Mereka ditahan selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya sehari sebelumnya.
- Ketuanya, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan penahanan untuk membantu siasatan kes rasuah berkenaan.
- Sehingga kini SPRM telah menahan reman 17 pengarah syarikat dipercayai terlibat dalam rangkaian kartel tender.
Permohonan reman terhadap ketiga-tiga individu itu dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes rasuah melibatkan tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Lelaki itu bersama isteri-isterinya, ditahan selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya, semalam.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan kesemua mereka bagi membantu siasatan kes rasuah tender perolehan TDM.
Setakat ini, SPRM telah menahan reman 17 pengarah syarikat yang dipercayai terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan TDM.
Perintah reman selama lima hari hingga Sabtu ini dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah yang membenarkan permohonan agensi antirasuah berkenaan.
Kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.