Remaja cedera disyaki bawah pengaruh ‘mushroom’

Foto hiasan

MELAKA, 28 Mei – Seorang remaja perempuan 14 tahun yang bertindak mengelar leher dan kedua-dua lengannya dipercayai akibat tekanan emosi serta berada bawah pengaruh vape (mushroom) dalam kejadian pada 24 Mei lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Insiden berlaku selepas ibu angkat menghalang mangsa keluar bersama teman lelaki, menurut Ketua Polis Melaka.
  • Peranti vape dipercayai dibekalkan oleh teman lelaki; mangsa mula menghisap vape sejak Februari selepas diperkenalkan olehnya.
  • Kes disiasat bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 melibatkan unsur kecuaian atau pengabaian.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku selepas ibu angkat mangsa menghalangnya keluar bersama teman lelaki berusia 17 tahun.

“Balai Polis Melaka Tengah menerima panggilan kecemasan berhubung cubaan membunuh diri itu kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

“Ibu angkat mangsa turut memaklumkan bahawa peranti vape berkenaan dipercayai dibekalkan oleh teman lelakinya,” menurut kenyataan itu.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka dan menerima rawatan di Zon Kuning sebelum dibenarkan keluar wad pada 27 Mei.

Siasatan juga mendapati mangsa mula menghisap vape sejak Februari lalu selepas diperkenalkan oleh teman lelakinya.

Kes disiasat bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 melibatkan unsur kecuaian atau pengabaian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.