Ancaman bom di sebuah pasar raya Johor Bahru disahkan palsu

Ketua Polis Johor, Datuk AB Rahaman Arsad/ Foto Polis Johor

JOHOR BAHRU, 14 September – Polis Johor mengesahkan ancaman bom di sebuah pasar raya di Johor Bahru, malam tadi adalah palsu hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas premis tersebut.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengurusan pasar raya menerima e-mel ancaman kira-kira pukul 11.30 malam.
  • Unit Pemusnah Bom digerakkan ke lokasi bagi pengesanan, pemeriksaan dan pembersihan keselamatan.
  • Beberapa objek mencurigakan diperiksa; tiada bahan letupan ditemui dan kawasan disahkan selamat.

Ketua Polis Johor, Datuk AB Rahaman Arsad memberitahu, maklumat diterima daripada pihak pengurusan pasar raya kira-kira pukul 11.30 malam, selepas mendapat email ancaman bom di salah sebuah premis.

Unit Pemusnah Bom digerakkan ke lokasi bagi mengesan bom berkenaan untuk pemeriksaan dan pembersihan keselamatan.

Beberapa objek mencurigakan ditemui dan diperiksa.

Hasil pemeriksaan mendapati objek berkenaan tidak mempunyai sebarang bahan letupan, sebelum kawasan itu disahkan selamat.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.