fb fb fb fb fb

Tidak patuh syarat import, 25 tan daging babi bernilai RM400,000 disita

Sebuah kontena membawa muatan 25 tan daging khinzir bernilai RM400,000 yang diimport dari Sepanyol disita Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia( MAQIS) Johor di Pelabuhan Pasir Gudang, petang semalam

JOHOR BAHRU, 13 Mac - Sebuah kontena membawa muatan 25 tan daging babi bernilai RM400,000 yang diimport dari Sepanyol disita Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor di Pelabuhan Pasir Gudang, petang semalam.

Pengarah MAQIS Johor, Edie Putra Md Yusof berkata hasil pemeriksaan dijalankan mendapati konsainan terbabit tidak mematuhi syarat import kerana tiada label pada setiap bungkusan daging babi berkenaan.  

"Mengikut syarat permit, setiap bungkusan daging hendaklah dilabel dengan meletakkan butiran seperti nama, alamat, nombor loji dan tarikh penyembelihan.

"Perbuatan itu disyaki menjadi satu kesalahan mengikut seksyen 15(1) Akta MAQIS 2011 ( Akta 728) yang boleh dihukum mengikut seksyen 15 (2) akta yang sama," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Edie Putra, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN