fb fb fb fb fb

Tan Sri Wan Junaidi Tunku Jaafar terima kunjungan hormat Duta Palestin

Tan Sri Wan Junaidi menerima kunjungan hormat Walid Abu Ali di Parlimen hari ini

KUALA LUMPUR, 23 Oktober- Yang Di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tunku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Duta Palestin Ke Malaysia, Walid Abu Ali di Parlimen.

Dalam pertemuan tersebut,  Tan Sri Wan Junaidi Tunku Jaafar mengulangi sokongan Malaysia kepada Palestin di dalam perjuangan pembebasan rakyat palestin daripada serangan Israel

Selain, pendirian diplomatik Malaysia mengekalkan hak untuk terus berhubung serta bekerjasama dengan mana-mana pihak, termasuk sayap politik Hamas bagi mencari penyelesaian segera terhadap konflik semasa.

Malaysia juga turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan genosida dan kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Palestin yang bertujuan menghalau seluruh rakyat Palestin keluar daripada Gaza.

Beliau turut menyeru agar pihak antarabangsa terutamanya kuasa Barat dan Eropah untuk menunjukkan perikemanusiaan dan mengambil tindakan segera bagi menghentikan kekejaman  tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin ini.

Tambahnya, Malaysia juga tidak akan berhenti berjuang untuk hak-hak Palestin berdasarkan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa di mana Palestin telah mempunyai hak yang sah dan sah sejak tahun 1947

Pihak media disaran untuk memberikan laporan yang adil mengenai keadaan semasa di Gaza. 

Dalam pertemuan tersebut, Walid  merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan di atas bantuan dan sokongan Kerajaan Malaysia, terutama kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya kepada Gaza dan rakyat Palestin.

Beliau juga berharap sokongan, bantuan dan hubungan baik ini akan diteruskan pada masa hadapan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE