JOHOR BAHRU, 13 Mac – Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan di kawasan Skudai, semalam, kerana dipercayai terlibat dalam kes ugutan jenayah menggunakan sebatang kayu di Lebuh Raya EDL, Johor Bahru, pada 9 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya Polis, ACP Raub Selamat berkata tangkapan dilakukan susulan penyebaran video berdurasi 27 saat yang menunjukkan suspek bertengkar dengan seorang lelaki sambil memegang sebatang kayu.
“Turut dirampas dalam kejadian ini adalah sebatang rotan yang dipercayai digunakan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hasil siasatan mendapati, suspek bertindak demikian kerana berang selepas mangsa didakwa memotong barisan ketika kesesakan lalu lintas.
Semakan rekod mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes jenayah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
BERITA BERKAITAN: