fb fb fb fb fb

PDRM, MCMC kesan individu tular dokumen siasatan kes Zayn Rayyan

Mohd Shuhaily Mohd Zain

KUALA LUMPUR, 14 Jun- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) susulan penularan satu dokumen didakwa laporan siasatan kes bunuh Kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tindakan berkenaan adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab yang dikhuatiri akan mengganggu perbicaraan kes tersebut.

Ia juga berpotensi menimbulkan persepsi negatif. Justeru, tindakan susulan akan dibuat bagi mengesan individu yang menularkan dokumen tersebut.

Dalam pada itu, Mohd Shuhaily berkata, polis bersedia menyiasat semula kes Zayn Rayyan jika wujud bukti baharu.

Katanya, siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan telah selesai dengan pendakwaan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 semalam.

Bagaimanapun, pihak pendakwa raya boleh mengarahkan polis untuk menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302, sekiranya terdapat perkembangan ketika perbicaraan yang menjurus kepada seksyen berkenaan.

Mohd Shuhaily berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Bukit Aman, di sini hari ini.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA