fb fb fb fb fb

Penjaja didakwa bunuh isteri

Wong Choon Foo, 56, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pagi ini atas tuduhan membunuh isterinya pada Rabu lepas

IPOH, 14 Jun- Seorang penjaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pagi ini atas tuduhan membunuh isterinya di Kampung Simee, dekat sini, Perak pada Rabu lepas.

Tertuduh, Wong Choon Foo, 56, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S.Punitha

Mengikut pertuduhan, dia didapati dengan sengaja melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian terhadap Yew Mee Foong, 47.

Perbuatan tersebut dilakukan pada 12 Jun antara pukul 8.30 pagi hingga 9.00 pagi di No 282, Laluan Simee 11, Kampung Simee, di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mahkamah menetapkan 19 Ogos depan untuk serahan laporan kimia.

SITI AISHAH MD ISA