fb fb fb fb fb

Kehadiran ibu Zayn Rayyan di lokasi penemuan mayat sebahagian proses siasatan

Hussein Omar Khan

SHAH ALAM, 11 Jun- Kehadiran ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin di lokasi mayat kanak-kanak autistik itu ditemukan dan kediaman mereka semalam adalah sebahagian proses untuk melengkapkan siasatan kes bunuh tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia merupakan antara prosedur yang perlu diambil sebelum kertas siasatan dilengkapkan dan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Perkembangan lanjut sama ada siasatan kes itu telah lengkap atau sebaliknya pula akan dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Begitu juga status reman ibu bapa kanak-kanak tersebut turut akan dimaklumkan oleh Mohd Shuhaily.

"Mengenai reman ibu bapa Zayn Rayyan (yang akan tamat Khamis ini), saya tidak dapat berkongsi apa-apa (perkembangan) pada petang ini.

"Dia (ibu bapa Zayn Rayyan) tidak boleh sambung reman lagi dan tunggu mungkin Pengarah JSJ akan beri kenyataan berkaitan perkembangan kes ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Pada 6 Disember tahun lepas, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA