fb fb fb fb fb

Ibu Zayn Rayyan dibawa ke kediaman & lokasi mangsa ditemui

Van yang membawa suspek meninggalkan kawasan kediaman tersebut pada pukul 12.20 tengahari

PETALING JAYA, 10 Jun- Ibu kepada kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, dilihat dibawa turun dari kediamannya menuju ke lokasi mayat kanak-kanak berkenaan ditemui.

Wanita tersebut diiringi dan dikawal ketat anggota polis pada pukul 11.06 pagi menuju ke arah sungai lokasi mayat Zayn ditemui pada malam 6 Disember lalu. Suspek dilihat tunduk ketika dibawa turun oleh sekumpulan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Terdahulu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan dibawa ke kediaman mereka di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian di lokasi tersebut.

Wartawan RTM yang berada di lokasi melihat pasangan terbabit tiba kira-kira pukul 10.15 pagi menaiki van putih menuju ke Blok R kediaman terbabit.

Difahamkan, ibu Zayn akan di bawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemui iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman yang dihuni keluarga berkenaan bagi melakonkan semula kejadian.

Van yang membawa wanita itu, meninggalkan kawasan kediaman tersebut pada pukul 12.20 tengahari. Kenderaan Unit Forensik PDRM dilihat keluar dari kawasan Apartment Idaman pukul 12.48 tengahari.

Berita Berkaitan: 
Polis bawa Ibu Zayn Rayyan "lakon semula" kejadian di Apartment Idaman
Reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung enam hari lagi
 
Kes bunuh Zayn Rayyan, beri ruang polis siasat - KPN                                                                            

ROSLINA BINTI DIN