Monaco bakal anjur perlumbaan pecut F1 buat kali pertama pada 2027

Foto REUTERS

MONACO, 17 September – Monaco bakal menganjurkan perlumbaan pecut Formula 1 (F1) buat kali pertama pada musim depan dengan jumlah perlumbaan pecut meningkat daripada enam kepada 10 pusingan dalam keseluruhan 24 pusingan yang dijadualkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Musim 2027 bermula di Litar Sakhir, Bahrain pada 14 Mac; ujian pramusim berlangsung 24 hingga 27 Februari.
  • Arab Saudi menjadi venue pusingan kedua pada 21 Mac.
  • Portugal pada 20 Jun dan Turkiye pada 3 Oktober diperkenalkan sebagai venue baharu.
  • Grand Prix Belanda di Zandvoort dan Barcelona tidak disenaraikan; beberapa perlumbaan Teluk masih menghadapi ketidakpastian kerana konflik.

Menurut Formula 1 dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), musim 2027 akan bermula di Litar Sakhir, Bahrain pada 14 Mac, selepas ujian pramusim berlangsung di negara Teluk itu dari 24 hingga 27 Februari.

Arab Saudi menjadi veneu pusingan kedua pada 21 Mac.

Portugal pada 20 Jun dan Turkiye pada 3 Oktober.

Kedua-dua veneu merupakan terbshsru baharu dalam kalendar.

Manakala Grand Prix Belanda di Zandvoort dan Barcelona tidak disenaraikan untuk musim berkenaan.

Selain Monaco, Bahrain, Australia, Jepun dan Abu Dhabi turut tersenarai menganjurkan perlumbaan pecut buat kali pertama musim depan.

Lima lagi perlumbaan pecut akan berlangsung di Kanada, Britain, Itali, Brazil dan Qatar.

Format perlumbaan pecut menawarkan maksimum lapan mata kepada pemenang sementara pemenang perlumbaan utama boleh mengumpul 25 mata.

Bagaimanapun, empat perlumbaan di rantau Teluk masih berdepan ketidakpastian susulan konflik yang berterusan di rantau berkenaan.

Musim 2027 dijadual berakhir di Abu Dhabi pada Disember selepas mengharungi 24 pusingan. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.