fb fb fb fb fb

Reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung enam hari lagi

Foto Fail

PETALING JAYA, 7 Jun- Tempoh reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin disambung enam hari lagi bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Mahkamah Majistret Petaling Jaya mengeluarkan perintah sambung reman terhadap suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah sambung reman yang berkuat kuasa hari ini sehingga Rabu itu dikeluarkan Majistret, Ainaa Muhammad Kamal.

Peguam, Fahmi Abd Moin yang mewakili pasangan berkenaan berkata pihaknya sudah menghantar surat permohonan untuk bertemu kedua-dua pasangan itu ketika tempoh tahanan reman.

Ibu bapa kanak-kanak itu sebelum ini direman tujuh hari bermula 1 Jun lepas.

Selain ibu bapa, polis baru-baru ini turut mengambil keterangan percakapan daripada bekas pengasuh kanak-kanak autisme tersebut.

Terdahulu, Zayn Rayyan, 6 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring di anak sungai berhampiran rumahnya di Damansara Damai selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM