fb fb fb fb fb

Kes Zayn Zayyan: Tiga individu termasuk bekas pengasuh beri keterangan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengambil keterangan tiga individu termasuk bekas pengasuh kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu Disember tahun lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata tindakan memanggil beberapa individu ini ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya itu bagi melengkapkan siasatan yang dilakukan.

“Kemungkinan akan panggil individu lain selepas ini, bergantung kepada hasil soal siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, media melaporkan polis merampas telefon bimbit ibu bapa Zayn Rayyan bagi siasatan lanjut mengikut prosedur operasi standard (SOP) biasa dalam siasatan.

Terdahulu, Ibu bapa kepada kanak-kanak itu direman tujuh hari bermula 1 hingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

GRACE AISYAH KEDAYAN