fb fb fb fb fb

Kes bunuh kanak-kanak austisme: Ibu bapa Zayn Rayyan dijangka direman hari ini

Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan ditemukan tidak bernyawa di anak sungai, berhampiran kawasan rumahnya pukul 10 malam, 6 Disember tahun lalu

KUALA LUMPUR, 1 Jun- Polis mengesahkan penahanan sepasang suami isteri yang juga ibu dan bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh dalam kejadian di Damansara Damai, Disember lalu.

Pasangan suami isteri itu ditahan pukul 11 pagi semalam di Puncak Alam, Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan kedua-duanya akan direman hari ini.

Pada 6 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada pukul 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa terdahulu dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE