fb fb fb fb fb

Anwar mahu siasatan kes Zayn Rayyan disegerakan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 14 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu siasatan berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin disegerakan dan dilaksana dengan rapi.

Rakyat diseru untuk tidak membuat spekulasi yang dikhuatiri mampu mengganggu siasatan.

Jelas Anwar, perjumpaan bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain juga telah dilaksana antara lain bagi mengikuti perkembangan siasatan kanak-kanak berkenaan.

"Siapa yang sampai hati boleh dera dan bunuh dengan kejam.. kalau saya nak polis jawab esok.. tapi proses kena dilalui.

"Saya faham rakyat juga rasa resah tapi apa yang boleh saya lakukan dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) adalah meminta siasatan dilaksanakan dengan rapi, kita (rakyat) tak boleh ikut persepsi.

"Semalam saya panggil Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, saya tak boleh campur.. saya kata cari jalan," katanya dalam Program Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di PICC, di sini.

BERITA BERKAITAN: 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM