fb fb fb fb fb

Ibu bapa Zayn Rayyan diikat jamin RM10,000

Kedua-duanya meninggalkan pekarangan kompleks mahkamah sekitar pada pukul 12.50 tengah hari tadi.

PETALING JAYA, 13 Jun-  Pihak pembelaan kepada ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin memohon perintah larangan bersuara kepada mahkamah.

Peguam, Fahmi Moin memaklumkan permohonan tersebut dibuat bagi memastikan masyarakat tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bersifat subjudis yang boleh mengganggu perbicaraan kes.

Bagaimanapun setelah mendengar permohonan, mahkamah hanya membenarkan perintah larangan tersebut terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini sahaja termasuk ahli keluarga dan pihak pendakwaan.

Dalam pada itu, ibu bapa kepada Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf diikat jamin, masing-masing sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin warganegara.

Kedua-duanya meninggalkan pekarangan kompleks mahkamah sekitar pada pukul 12.50 tengah hari tadi.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM