fb fb fb fb fb

Tiada permohonan reman datuk, nenek Zayn Rayyan

Foto Fail

PETALING JAYA, 13 Jun- Tiada permohonan untuk menyambung reman terhadap datuk dan nenek Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Peguam, Fahmi Moin memaklumkan kedua-dua mereka dijangka akan hadir di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekitar pada pukul 3.00 petang ini untuk dibebaskan.

Ketika ini, mereka masih ditahan untuk diambil keterangan, sebelum dilepaskan hari ini.

Petang semalam, datuk dan nenek Zayn Rayyan ditahan dan perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar.

Pada 7 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemukan tidak bernyawa di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada pukul 10.00 malam.

Mayat ditemukan oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemukan terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat yang menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM