fb fb fb fb fb

Lelaki bunuh isteri depan anak direman tujuh hari

Suspek diiringi polis ketika tiba di mahkamah untuk permohonan reman

IPOH, 13 Jun- Lelaki yang dipercayai membunuh isterinya di sebuah rumah di Kampung Simee, Ipoh semalam direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 19 Jun.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan semalam selepas polis menerima laporan mengenai penemuan mayat daripada orang awam pada pukul 9.26 pagi.

Mangsa berusia 48 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring berlumuran darah di kawasan rumahnya.

Terdapat tiga kesan tikaman di bahagian dada dan kecederaan di bahagian kepala mangsa.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE