
KUALA LUMPUR, 5 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad Harimau Malaya yang bakal berdepan Vietnam dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, petang ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Anwar menyeru skuad berjuang dengan penuh semangat dan memberikan yang terbaik demi lencana di dada.
- Beliau menegaskan sokongan rakyat tidak berbelah bahagi kepada pasukan.
- Beliau berharap perlawanan tidak memerlukan masa tambahan yang terlalu panjang.
Menerusi perkongsian di Facebook rasminya, Perdana Menteri menyeru skuad negara berjuang dengan penuh semangat dan memberikan yang terbaik demi lencana di dada.
Beliau turut menegaskan sokongan rakyat Malaysia yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan Harimau Malaya menjelang perlawanan berkenaan.
Datuk Seri Anwar turut berharap perlawanan itu tidak memerlukan masa tambahan yang terlalu panjang.