fb fb fb fb fb

Dua lelaki ditahan, miliki dadah lebih satu kilogram

Amran Mohd Gani

KUALA PILAH, 13 Jun- Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah menahan dua lelaki kerana didapati memiliki 1.07 kilogram dadah jenis heroin dan 25.4 gram dadah jenis syabu dengan nilai keseluruhan RM41,684.80.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintenden Amran Mohd Gani berkata, penahanan suspek berusia 38 dan 41 tahun itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Sompo Dangi, Johol, pada Rabu lalu kira-kira pukul 1.30 pagi.

Dua lelaki yang ditahan menaiki motosikal secara berasingan jenis Yamaha Y15 ZR dan Yamaha 135 LC dari Johor dan  perjalanan ke Pahang disyaki untuk mengedar dadah tersebut.

"Hasil semakan kita atas kedua-dua suspek ini juga kita dapati suspek ini mempunyai rekod lampau berkaitan narkotiuk dan juga jenayah dan kedua-dua suspek telah kita reman selama tujuh hari bermula semalam 12 Jun hingga 18 Jun bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952," dalam sidang media di Dewan Mawar, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

Bagaimanapun hasil pemeriksaan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati positif dadah jenis morfin.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI