fb fb fb fb fb

Pengeluaran RM24.2 juta, 10 termasuk pengurus bank didakwa

10 individu termasuk dua pengurus bank, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang / Foto Bernama

KOTA KINABALU, 25 Julai - 10 individu, termasuk dua pengurus bank, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Mereka dikaitkan terlibat dalam pengeluaran deposit tetap sebanyak RM24.2 juta dari sebuah bank di sekitar ibu negeri itu.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 26 April dan 10 Julai lepas di cawangan MBSB Bank Berhad (MBSB Bank), di sini.

Pertuduhan dibuat di hadapan Hakim, Amir Shah Amir Hassan mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minima lima tahun hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail dan Maryam Jamielah Ab. Manaff.

Bagaimanapun Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas semua tertuduh dan memerintahkan mereka ditahan sehingga 13 September depan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN