fb fb fb fb fb

Pekerja kilang didakwa bunuh dua beranak

Majistret Nadratun Naim (dua kanan) hadir ke Hospital Pulau Pinang diiringi anggota polis /Foto RTM

GEORGETOWN, 13 November - Seorang pekerja kilang dituduh membunuh dua beranak di sebuah pangsapuri di Ayer Itam di sini, 7 November lalu.

Tertuduh, Muhammad Farhan Izzuddin Rosman,32, didakwa membunuh Siti Zulaila Zulkifli, 30, dan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62.

Pertuduhan kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi di Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini.

Pendakwaan dijalankan di wad C6, HPP kerana tertuduh masih menerima rawatan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Farhan didakwa membunuh Zulkifli diantara pukul 12.54 tengah hari hingga 1.25 petang di hadapan lif Sri Ivory Apartmen.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membunuh Siti Zulaila pada tarikh, tempat dan waktu yang sama.

Kedua-dua pertuduhan dibuat dibawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
 
Majistret kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 15 Januari 2025.

Pendakwaan kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, M. Darrshini.

Trainee